Khamis, 1 Disember 2011

handphone a.k.a. telefon bimbit..

Salam..

korang pernah tengok handphone dulu2? Bagi adik2 sekarang, mungkin x pernah tengok.

ni handphone zaman dulu..ni pon dh kira latest punye..









Kalau lah Alexander Graham Bell hidup lagi dia mungkin pengsan tengok kecanggihan telefon zaman skarang..hahaaa..
Zaman skarang, handphone dah jadi perkara biasa. Ada orang dah anggap handphone sebagai 'nyawa'. Tak bole hidup tanpa handphone..Budak2 kecik zaman skarang pon dh pakai handphone..
Kalau zaman dulu, org yg ada duit je bole pakai handphone..Tapi zaman skarang, setakat ada RM50 dah bole pakai handphone..
Dengan ada nya handphone :
1- kite dh senang nak berhubung dgn org yg jauh..
2- kite juga bole bertukar-tukar apa saja..
3- kite juga bole download lagu2 yg best..
4- ada kes cerai pon pakai handphone..
5- tak heran lah bila handphone ada kamera, macam2 gambar diambil nya..
6- dengan handphone juga, org bole buat duit..(cth nye : akademi fantasia)
7- kite juga bole menderma melalui handphone..Alhamdulillah..(cth nye : bersamamu...)
8- dengan handphone, duit dlm bank pon bole hilang..hahaha

Aku bukan ape citer psl handphone, smalam aku mimpi hujan handphone..so, aku tulis lh psl handphone..
Macam2 jenama handphone yg ade kat atas muka bumi ni..Blackberry (strawberry, blueberry), Nokia, CSL, Samsung (samseng pon ade..hahaha), Motorola (motor pon ade), Apple (lps ni durian lak..hahaha), HTC, LG n mcm2 lg lah..

ok lh, smpai kat sini je lh pnulisan aku pada hari ini..

Salam.... :D

Selasa, 30 Ogos 2011

tanda-tanda lelaki jatuh cinta dekat kaum hawa atau wanita... :D

salam 1 Malaysia..wah, mcm berpolitik lak..haha

ok ok.. Kali ni, aku nak huraikan satu artikel yang bertajuk "tanda-tanda lelaki jatuh cinta dekat wanita"..
mari kite mulekan untuk 'mengembangkan' artikel ini...hohohoho :-O

Antara tanda-tandanya ialah :-
  1. si lelaki ini bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa..ini membuktikan si dia mengambil berat setiap keperluan kekasihnye semata-mata ingin memuaskan hati kekasihnya..
  2. si lelaki ini agak mengongkong kebebasan kekasihnye kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap..
    'cemburu tandanya sayang'.. Si dia sentiasa mengawal gerak-geri kekasihnya kerana takut kehilangan kekasihnya..memang kedengaran merimaskan perempuan kerana mengongkong setiap gerak-gerinya, namun di sebalik perbuatan seperti itu ia membuktikan betapa si dia sayang dan cinta pada kekasihnya..
  3. si lelaki ini tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya..
    kaum lelaki sememangnya mudah berasa tercabar sekiranya ada kaum Adam ( lelaki ) lain yang cuba mendekati kekasihnya seolah-olah cuba mengambil kesempatan ke atas hak orang.
    Bagi perempuan, lelaki itu mungkin hanya sekadar teman biasa tetapi si dia memikirkan macam-macam perkara negatif.
  4. adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain..
    di sebalik kekasarannya sebagai seorang lelaki, terselit jiwa kelembutan. Si dia inginkan belaian dari seorang perempuan yang lemah lembut. Jika si dia ingin kamu menyuapkan makanan.Ini tandanya si dia ingin perhatian dan layanan kamu sebagai kekasihnya walaupun ia kelihatan mengada-ngada atau kebudak-budakan kerana itulah lelaki..
  5. si lelaki ini kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya.. lumrah lelaki akan bertanya sedalam mana cinta dan sayang kamu pada si dia kerana si dia ingin mendapatkan kepastian dari kamu sendiri.
  6. si lelaki ini cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar..
    demi cinta si dia sanggup membatalkan temu janji bermain futsal bersama rakan baiknya semata-mata ingin menemani pergi membeli 'choki-choki'. Namun demi cinta dan kekasihnya, si dia sanggup meluangkan masa dan tenaga dengan menunggu kekasihnya berjam-jam. Bertuah nyeeeeeee..

    **jangan lah percaya sangat dengan ape yang aku tulis ni sebab lain manusia, lain hati bak kata pepatah "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.."..

    ape ape pun, INGAT !! sayang lah kekasih korang kerana Allah, bukan kerana nafsu..Semoga kamu yang bace artikel saya ini dan kamu sedang hangat bercouple, akan kekal hingga ke jinjang pelaminn.. :D
    salam.. :D



Isnin, 29 Ogos 2011

iklan gangster a.k.a. kl gangster...

salam..
haha, mula-mula pelik juga lah masa first time tengok tajuk filem pendek ni kat youtube. tapi lepas tengok filem ni , saya baru memahami dan terkekeh(tergelak) sorang sorang.. Ape yang dapat saya simpulkan, mereka ni memang kreatif menghasilkan satu filem pendek yang bertajuk iKLan GANGSTER.. Filem ini dibuat khas untuk mengajuk filem arahan Syamsul Yusof.. Mereka ini mengajuk watak Malik (Aman Wan), Shark (Bophairy), Ajib (Froggypapa) dan Jai (Reja Mus).. Jalan cerita filem amat menghiburkan, dan mampu membuat sesiapa sahaja yang menonoton filem ini ketawa terbahak-bahak..

Filem pendek ini diarahkan oleh Aman Wan dan dibantu oleh kawan-kawannye.. Pengambaran filem pendek ini di bawah landasan LRT Jelatek dan mereka mengambil masa kira-kira 2 jam..Di dalam filem ini juga, mereka ade menggunakan props seperti Vitagen, Tam Tam, Choki Choki dan Nivea for Men..
jadi mari lah kite saksikan sebuah filem pendek iaitu iKLan GANGSTER..

Kalau korang semua nak mengenali Aman Wan, korang boleh klik pautan yang ade di bawah..

tulis kan comment anda di bawahh..
SALAM.. :D