Rabu, 22 Februari 2012

Perempuan cantik VS Perempuan tak cantik.??


1)
Kalau perempuan cantik
pendiam
- lelaki akan kata: wow.!!ciri-2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
- lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

2)
Kalau perempuan cantik berbuat jahat
-lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
-lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm @#$%^..!!

3)Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
-lelaki akan kata: wow.! heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
-lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

4)Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
-lelaki akan kata: ok la...bagai pinang di belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
-lelaki akan kata: kesian...mesti dah kena bomoh lelaki tu...

5)Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
-lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik di tinggal kekasih
-lelaki akan kata: patut pon kena reject..

6)Kalau perempuan cantik bawa BMW
-lelaki akan kata: entah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
-lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

7)Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
-lelaki akan kata: wah...caringnyer...

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
-lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

8)
Kalau perempuan cantik bersedih hati
-lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
-lelaki akan kata: sikit-2 nangis.!! gembeng tol..ngade2 la...

9)Kalau perempuan cantik main-2 misscall
-lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main-2 misscall
-lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak.!!


10)Kalau perempuan cantik hantar email hari-2
-lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar email hari-2
-lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring.!

betul ke.?
Lu pikirlah sendiri.. :D


# peace no war..

Khamis, 9 Februari 2012

Dreams Become True.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
terima kasih diucapkan kepada adik kembar Edward Cullen yang hensem sebab tag aku..hahaha
Ni first contest aku join iaitu.. :
Dreams Become True
syarat-2 yang kepada yang nak join contest ni :

1. Follow blog polkadot dia ( wajib )

    2. Buat satu entry mengenai segmen ini.Tempek header dia guna gam gajah cap harimau.
      3. Apa yg perlu ada dalam entry ?Semua orang ada impian masing-masing kan ? Ceritakan mengenai impian-impian korang semua.
        4. Entry boleh panjang mahupun pendek.Nak letak gambar pon takpe :)
          5. Ceritalah apapun berkaitan impian korang semua.
            6. Tag 2 orang bloggers (wajib)
              7. Tarikh luput : 12 Februari 2012 pada pukul 12 am.

              link untuk segmen ni : kLIK sini..
              ok, senarai dreams aku yg hopefully become true..


              1. hantar parents ke Makkah..
              • Yes, aku akan hantar parents aku ke Makkah..Memang parents aku pernah pergi ke Makkah, tapi tak salah kan kalau pergi lagi sekali..Kali ni, aku nak guna duit hasil titik peluh aku sendiri..Amin..
              Makkah al-Mukarramah

              2. aku nak jadi cikgu yang cemerlang.
              • Ok, cita-cita aku memang nak jadi seorang guru..Bukan setakat guru, tetapi guru yang cemerlang dari segi penyampaian ilmu kepada murid-murid seperti Cikgu Rohaiza ( my beloved teacher )
              • tak kesah lah cikgu sekolah atau cikgu tuisyen. Janji cikgu.
              best teacher
              3. aku nak buka sebuah restoran.
              • Restoran.? urmmmm..tak tahu nak tulis ape tentang ni..Tapi nama restoran ni aku nak letak 'MazZack'..Kenapa 'MazZack'.? ok, 'MazZack' merupakan nama gabungan parents aku iaitu Maznah (mama) and Zakaria (abah)..Dan jika ada rezeki, aku nak buat banyak cawangan..hehehe..

              Restoran MazZack
              4. nak buka rumah anak yatim.
              • sejak di tingkatan 2 lagi aku nak buka rumah anak yatim..Dan aku nak buka sekolah untuk anak yatim..Aku nak anak yatim dapat hidup macam anak orang lain..
              rumah dan sekolah anak yatim
              5. nak tubuhkan syarikat penerbitan.
              Amir.A Studios
              6. kahwin..
              • eh, ada lagi.? sumpah, yang ni last..aku janji ni last..
                Ok, masuk bab paling gementar iaitu 'KAHWIN'....jeng jeng jeng..urmmmm coppp, aku tak tahu nak tulis ape tentang ni..blurr sebentar..
                ok, macam ni lah.."kalau aku ade jodoh, aku akan kahwin".. #capital S..
              kepak kepak, keboom keboom, kepak kepak, keboom keboom
              (bunyi kompang)



              And insan yang aku tag :


              dan



              ..الحمد لله

              السَّلَامُ عَلَيْكُمُوَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

              Ahad, 5 Februari 2012

              kisah Najwa Latif dipanggil guru disiplin sekolah.. :D

              Cikgu : selamat berkenalan...
              Najwa : kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku :)
              Cikgu : sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...
              Najwa : Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P
              Cikgu : cikgu sakit hati dah ni =="
              Najwa : hati ku rasa sesuatu :P
              Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
              Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
              Cikgu : atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(
              Najwa : Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)
              Cikgu : cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
              Najwa : Oh oh benarkah rasa itu...
              Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
              Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia
              Cikgu : memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...
              Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..
              Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
              Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo
              Cikgu : otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...
              Najwa : Banyak persoalan yang berada di minda =P
              Pelajar lain menyampuk : cikgu ni banyak tanya la...
              Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
              Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
              Cikgu : Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
              Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)
              cikgu : tak menentu saya di buatnya..
              Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......
              Cikgu : konfius!!!
              Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya
              Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
              Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..
              Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...
              Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...
              Cikgu Disiplin
              : kamu pandang muka saya..
              Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
              Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
              Cikgu : aku rasa...
              Najwa
              : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
              Cikgu
              : Najwa! Ape semuanya ni?
              Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P
              Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata-kata cikgu ni...
              Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^
              Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
              Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...
              Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
              Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
              Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu....

              #copypaste : nizarazu.com
              hanya untuk suka-suka, bukan untuk memerli.. :D

              ringkasan kisah Nabi Muhammad S.A.W. sejak kelahiran hingga dilantik Nabi.. :)

              Alhamdulillah, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam yang dengan nikmat utusan ALLAH melalui Baginda, dapat kita nikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini.

              Di sini saya ingin berkongsi maklumat
              berkenaan kelahiran dan kehidupan insan mulia yang kita semua sama-sama sayangi dan kasihi sepenuh hati kita. Mudah-mudah2an bermanfaat buat kita semua, insyaALLAH.
              Abdullah dan Aminah
              • ‘Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin ‘Abd manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, ‘Abdullah.
              • Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan.  Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah.
              • ‘Abd al-Muttalib telah mengutus ‘Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam.
              • ‘Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di.  Ketika itu, ‘Abdullah berusia 25 tahun.
              Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam
              • Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim.
              • Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi’ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.
              • Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan:
                • 14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur
                • Api sembahan orang Majusi terpadam
                • Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh
              • Apabila Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia terus ke Ka’bah lalu berdo’a dan bersyukur.  Lantas diberi namaMUHAMMAD, nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika itu.
              • Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab.
              Hidup Dalam Keluarga Bani Sa’ad (sehingga umur 4-5 tahun)
              • Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak tersebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi.
              • ‘Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Sa’ad dan disusukan oleh Halimah al-Sa’diyyah.
              • Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam oleh Jibril.
              Ke Pangkuan Ibu Yang Pengasih (sehingga umur 6 tahun)
              • Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah.
              • Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita).
              • Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan.
              • Dalam perjalanan pulang ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah).
              • Anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam itu terpaksa menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.
              Ke Pangkuan Datuk Yang Penyayang (sehingga 8 tahun)
              • Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku.  Peristiwa lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya.  
              • Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
              • Apabila umur Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah.
              • Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.
              Ke Pangkuan Bapa Saudara (sehingga 40 tahun)
              • Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin.
              • Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib.
              • Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah:
                • Hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau. 
                • Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira.  Setelah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, “Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam.”  Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya.  Lalu Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula.
                • Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil Peperangan Fijar.  Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu2 mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin ‘Aylan.
                • Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.  Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing.  Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah.  Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam.  Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam.
                • Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut.  Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlak mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah.  Maklumat ini diperolehi dari Maysarah.  Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Khadijah ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju.  Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.
                • Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Ka’bah dan Isu Tahkim.
                • Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH.  Pada saat inilah, kehidupan Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam mula menerima pelbagai tentangan dan halangan yang besar.  Dan Abu Talib telah banyak bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia…
              #copypaste.. : muzir wordpress

              " Orang yang paling dekat denganku pada hati kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.. "
              (Nabi Muhammad S.A.W) - Hadis Riwayat at-Tarmizi.



              Assalamualaikum.. :D


              Sabtu, 4 Februari 2012

              cara untuk "reject" awek yg korang tak suka.. :)

              heLLo.. ",

              kalau korang ade awek yg nak di 'reject' kerana korang tak suka kat awek tu, try lah cara ni..kepada awek-2 di luar sana, aku bukan nak mengajar balak-2 korang cari awek baru, ok..aku cuma mengajar cara 'reject' awek dgn sopan supaya korang tak de lah kecewa sangat.. :)
              nak 'reject' awek ni bukannya mudah, kang silap 'reject' ade yg nak minum clorox lah, nak terjun KLCC lah..
              so, balak-2 di luar sana, gunalah dialog ini...

              1. "sebenarnya, saya ni gay..saya suka kat lelaki je..sorry ye.."
              2. "saya suka janda-2 je.."
              3. "sebenarnya, saya ni duda anak 10.."
              4. "saya tak ada pekerjaan yg tetap lah..saya tak mampu nak tanggung awak..awak cari lelaki lain je lah.."
              5. "adik beradik saya ada 10 orang, semua belajar lagi..saya kena sara diaorang sbb parents saya sakit.."
              6. "semalam doktor kata, saya ada HIV.."

              p/s : balak-2 yg nak 'reject' awek, bole lah guna ayat ni.. :D



              Khamis, 2 Februari 2012

              bagaimana ingin mempercepatkan jodoh.?

              Dalam usaha untuk mempercepat mencari pasangan hidup hendaklah kita banyak berdoa dan bermohon kepada Allah agar kita sentiasa memperoleh berkat dan rahmat-Nya. Kerjakan segala yang diperintahkan agama dan tinggalkan segala yang dilarang oleh Islam, jika amalan-amalan yang mulia ini kita laksanakan, maka InsyaAllah akan ditentukan Allah dengan suatu yang lebih baik nantinya.

              Mungkin saja lambatnya jodoh itu kerana ada hikmah yang terkandung di dalamnya yang kita sendiri tidak dapat untuk terjemahkannya. Mungkin juga lambatnya jodoh kita itu kerana kelalaian kita dalam mengingati Allah SWT sehingga Allah mengingatkan kita dengan cara melambatkan jodoh tersebut, akhirnya kita sedar bahawa Allah lah tempat kita bermohon.

              Berdoalah setiap selepas solat lima waktu agar anda memperoleh pasangan yang baik dan menjalankan agama Islam dengan cara yang sempurna. Dalam salah satu petua yang diungkapkan oleh seorang penyusun buku amalan menjelaskan bahawa untuk mempecepat memperoleh pasangan atau jodoh hendaklah sering mengamalkan membaca “Surah Thaha".

              Tapi yang penting doa yang kita ingin pohonkan itu kita sendiri mengetahui maksudnya, oleh sebab itu cukuplah berdoa dengan bahasa yang anda fahami selepas mengerjakan solat lima waktu.

              copypaste :
              blog cinta dan kahwin .. ",


              #dan aku masih berdoa supaya Nurul Amira kembali kepangkuanku..walaupun ramai org kata aku bodoh sbb sayangkan Amira lagi, tapi bagi aku Amira ialah seorang insan yg berjaya mengubah perangaiku kpd positif..
              dan aku anggap putus cinta dgn Amira ialah satu dugaan, di mana Allah ingin menguji hamba-Nya.. :')

              dan korang-korang yg sedang hangat bercinta, berdoalah supaya jodoh korang kekal hingga ke jinjang pelamin.. :D