Selasa, 30 Ogos 2011

tanda-tanda lelaki jatuh cinta dekat kaum hawa atau wanita... :D

salam 1 Malaysia..wah, mcm berpolitik lak..haha

ok ok.. Kali ni, aku nak huraikan satu artikel yang bertajuk "tanda-tanda lelaki jatuh cinta dekat wanita"..
mari kite mulekan untuk 'mengembangkan' artikel ini...hohohoho :-O

Antara tanda-tandanya ialah :-
  1. si lelaki ini bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa..ini membuktikan si dia mengambil berat setiap keperluan kekasihnye semata-mata ingin memuaskan hati kekasihnya..
  2. si lelaki ini agak mengongkong kebebasan kekasihnye kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap..
    'cemburu tandanya sayang'.. Si dia sentiasa mengawal gerak-geri kekasihnya kerana takut kehilangan kekasihnya..memang kedengaran merimaskan perempuan kerana mengongkong setiap gerak-gerinya, namun di sebalik perbuatan seperti itu ia membuktikan betapa si dia sayang dan cinta pada kekasihnya..
  3. si lelaki ini tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya..
    kaum lelaki sememangnya mudah berasa tercabar sekiranya ada kaum Adam ( lelaki ) lain yang cuba mendekati kekasihnya seolah-olah cuba mengambil kesempatan ke atas hak orang.
    Bagi perempuan, lelaki itu mungkin hanya sekadar teman biasa tetapi si dia memikirkan macam-macam perkara negatif.
  4. adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain..
    di sebalik kekasarannya sebagai seorang lelaki, terselit jiwa kelembutan. Si dia inginkan belaian dari seorang perempuan yang lemah lembut. Jika si dia ingin kamu menyuapkan makanan.Ini tandanya si dia ingin perhatian dan layanan kamu sebagai kekasihnya walaupun ia kelihatan mengada-ngada atau kebudak-budakan kerana itulah lelaki..
  5. si lelaki ini kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya.. lumrah lelaki akan bertanya sedalam mana cinta dan sayang kamu pada si dia kerana si dia ingin mendapatkan kepastian dari kamu sendiri.
  6. si lelaki ini cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar..
    demi cinta si dia sanggup membatalkan temu janji bermain futsal bersama rakan baiknya semata-mata ingin menemani pergi membeli 'choki-choki'. Namun demi cinta dan kekasihnya, si dia sanggup meluangkan masa dan tenaga dengan menunggu kekasihnya berjam-jam. Bertuah nyeeeeeee..

    **jangan lah percaya sangat dengan ape yang aku tulis ni sebab lain manusia, lain hati bak kata pepatah "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.."..

    ape ape pun, INGAT !! sayang lah kekasih korang kerana Allah, bukan kerana nafsu..Semoga kamu yang bace artikel saya ini dan kamu sedang hangat bercouple, akan kekal hingga ke jinjang pelaminn.. :D
    salam.. :D



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.