Sabtu, 5 Mei 2012

jenis-jenis "stalker" dalam facebook..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

apa itu stalker.?

"stalker" ni bermaksud pengintip atau pengendap. dan mengikut bahasa yg mudah difahami, "stalker" adalah peminat rahsia (secret admirer) atau penyibuk atau pengendap atau penculik yg nak culik korang. hehee

so, antara jenis-jenis "stalker" dlm facebook ialah :
  1. kategori pertama :
    -> "stalker" ni merupakan ex-boyfriend atau ex-girlfriend korang.
    -> motif dorang jadi "stalker" sebab dorang nak tahu perkembangan korang selepas di remove atau di block oleh korang.
  2. kategori kedua :
    -> "stalker" ni merupakan secret admirer korang dan dorang ni suka perhatikan status korang, dan maybe akan like atau komen status korang utk tarik perhatian korang.
    -> dan dorang ni pemalu tau.
  3. kategori ketiga :
    -> "stalker" ni merupakan seorang yg benci atau dengki dgn korang.
    -> dan dorang ni akan cuba menjatuhkan maruah korang. dorang ni amat BAHAYA..!!
    -> so, korang harus berhati-hati meng'upload' gambar-gambar korang. 
  4. kategori keempat :
    -> "stalker" ni merupakan seorang yg jahat. maybe seorang pembunuh, penculik, perompak, atau perogol bersiri .
    -> dorang ni sentiasa memerhatikan status atau perkembangan korang utk merancang kerja jahat.
    -> contoh status : "malam ni nak pergi makan cekodok kat kedai mak Jemah."
    -> dan ini lebih menyenangkan kerja "stalker" utk merompak atau merogol atau membunuh atau menculik atau yg paling popular sekarang iaitu menculik lepas tu rogol lepas tu bunuh dan bakar..
    -> so, pesan aku ialah jaga lah diri ..
secara kesimpulannya, "stalker" ni ade yg baik dan ade yg jahat. jadi, langkah yg terbaik ialah be careful..
dan sekarang aku merupakan "stalker" kategori yg kedua..hehee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.